CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Love Has Tied Our Hearts Together

Daisypath Anniversary tickers

My Little Princess

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday, October 24, 2013

~Europe Trip: Manchester~



Bercuti dengan mengambil kereta sewa tetiba rasa macam cuti-cuti di negara sendiri! Lagi mudah untuk yang beranak kecil dan destinasi pulak ada few places.  Dengan berpandu arahkan "Cik Tom-Tom" maka perjalanan menjadi mudah.  Yang penting tahu alamat dan kod sesuatu tempat yang kita nak tuju.  Tak sesat dan rasa macam orang England pun ada..muahahahaha

Entry kali ni memandangkan ada tiga tempat or maybe more, jadinya kena ada Part 1, Part and Part 3. Promise sampai Part 3 je, not more than that!

So, here we go! MANCHESTER

Sepanjang percutian memang kami tido di Manchester, paling tepat di Premier Inn Old Trafford.  Very near to Manchester United Stadium.  Jalan kaki 3 minit dah sampai, kiranya macam sejengkal ajerlah. Duduk di Old Trafford relax sikit yang penting hotel mesti ada tempat parking kereta yang free.


Tambah pulak kat sini memang senang sangat nak dapat makanan halal.  Kalau bermalam di bandar, susah sikit la gamaknya.

Since agak lama kami bermalam di Old Trafford, lebihkurang 4 malam, jadi haruslah kami mengadakan lawatan manja ke Tesco (oh, lama giler tak pergi Tesco)..yang best tak orang pun masa kami pergi sebab dah pukul 12 tengah malam (Tesco buka 24 hours).


Sebenarnya percutian kali ni boleh disimpulkan setiap tempat yang kami lawat mesti je akan singgah di stadium sebab Daddy adalah peminat bola sepak (kecuali masa di Milan, takde mood sebab kena copet).  Tarikan utama di sini macam yang saya kata ialah stadium bola sepaknya, memang gah!  Di Manchester terdapat dua stadium iaitu Manchester United Stadium dan Etihad Stadium.  Satu terletak di Old Trafford dan satu lagi terletak di kawasan bandar Manchester atau dalam bahasa Inggerisnya ialah Manchester City *wink*

Dua gambar di bawah ni yang color-color merah adalah Manchester United Stadium @ Sir Alex Ferguson Stand.  Kami tak masuk dalam sebab mostly sama je kot macam yang ada dekat Stadium Santiago Bernabeu (milik Kelab Real Madrid).



As Daddy bukan lah die hard fan MU maka bila masuk store dia tu takde apa pun yang kami beli kecuali yang ni untuk our beloved Zara!


Next destinasi kita ikut jelah Cik Tom-Tom kita! Hehehe


We went to Etihad Stadium (dimiliki oleh Manchester City Fan Club)  yang terletak di kawasan bandar (sebab tu nama kelab tu Manchester City).  Kali ni tema dia biru-biruan pulak!



Habis buat lawatan kedua-dua stadium, kami teruskan perjalanan ke Trafford Centre!  Iaitu shopping complex terbesar yang ada di Old Trafford.


Di sini kami jalan-jalan cuci mata, masuk satu kedai ke satu kedai dan makan!




Cukup la kot! Kang oullsss boring pulak entry panjang berjela ni.

....akan bersambung with Part 2 ok! Dadaaaaaa


1 comment:

N a b i l a said...

Hi. Sy nabila. Sy & husband plan nk pegi manchester city. Husband minat gyle FC manchester city but kami tk tawu langsung psl kt sane. Is there any way for me to contact u to ask few things? If u tk kesah la. whatsapp I 0137783237. Thanks 😊

Asmaul Husna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...